SEJARAH SEKOLAH
Mula ditubuhkan sebagai
sekolah rakyat pada September 1962 dengan bangunan yang panjang 24 kaki dan
lebar 25 kaki , beratap zink berdinding buluh serta tanpa kerusi meja. Bilangan
murid pada masa itu ialah seramai 25 orang.
Diambil akih oleh Kementerian Pelajaran pada 11 Januari
1966 sebagai sekolah cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Bertam ( 20 KM daripada
SK Star ).
Pada 1 Oktober 1966 , telah diletak di bawah pentadbiran
sendiri.Guru Besar pertamanya ialah En Nik Omar B Nik Salleh.
Pada tahun 1979 , Sk Star telah mendapat bangunan kekal
yang panjang 150 kaki dan lebar 25 kaki melalui Projek Bank Dunia . Asrama Desa
SK Star mula ditubuhkan pada tahun 1995 untuk memberi kemudahan kepada
murid-murid SK Star belajar .
Pada Ogos 2004 , di bawah pentadbiran Guru Besar En. Abdullah B Ahamad , warga SK Star telah
berpindah ke bangunan yang baru disiapkan. Kini SK Star mempunyai 2 blok
bangunan 3 tingkat dan sebuah bangunan kantin , dibantu oleh guru –guru
berjumlah 15 orang dengan murid seramai 225 orang.
|